Hai..Sambung balik cerita sy yang nurse tu ckp baby sy akn d tahan d hospital Tuaran sebab kuning tinggi. Nurse tu ckp nanti datang jam 3pm d hospital Tuaran tu. Sy x pasti kenapa baby kena kuning smua kena hantar d hospital Tuaran dan bukan hospital lain. Nanti sy siasat knp hehe.. pagi tu lepas dari clinic KKIA jam 11am gtu smpi rumah kami terus je try smua petua yang ada sb xnak baby kna tahan..sy x sihat lg kan..dalah x sihat, klu kena tahan mcmmn sy nk jaga baby..kna breast feed lg. Menangis jugala sb stress ms tu..ksiankn baby lg.. Syukur lps try smua petua dari internet, dr family n dr yg berpengalaman smua tu jam 3pm husbnd bw baby pegi hospital Tuaran..bby kna jarum lg untuk ambil darah nk cek kuning..ksian baby.. da dapat keputusan tu kuning baby da turun sikit.. doktor cakap x kena tahan sebab baby berat. Dorang ada cara nak kira. Syukurla badan baby berat.. Sangat lega bila husband call baby x kena tahan..sampai rumah kami continue petua2 yang diberi..setiap hari kena datang clinic untuk cek kuning. X silap sy ada 4 hari ulang alik ke clinic n 4 hari berturut2 tulah bby kna ambil darah..smpi biru kesan jarum tu :( hr ke 4 tu kuning baby da banyak turun so nurse bg appoinmnt 3 hari selepas baru datang balik ke clinic.. sampaila turun sangat kuning baby tu baru x payah datang lg ke clinic untuk ambl darah baby. So korang yang nak cuba petua ni..ble cuba. X tau ngam kat baby korang tp sy try je smua ni.
Petua untuk turunkan kuning baby;
1)Buah anggur (wrna hitam tu lg bisa tp klu xde, guna anggur purple pn ble).
Abang sy ckp sepatutny masa lahir tu je kt dewan bersalin masih, buah anggur tu kupas smpi ada jus kluar n sapu kat puting susu ibu..bila baby hisap susu dia akn hisap terus air anggur tu. (sy x sempat buat sb agak critical keadaan sy lepas bby kluar tu x larat nk gerak dah).
2)Air teh (sy guna uncang Sabah Tea)
Mandikan air teh kat baby. Buat air mandi baby mcm biasa n letak Uncang teh ke dalam mandian baby. Sy pekatkn ckit konon2 nk cepat turun kuning tu hihi dalam 5 uncang gitu. Da siap mandikn sy pakaikn bby bju n buat satu lg air teh kat mangkuk bersih n lap balik2 kat badan n muka bby.
3)Air kelapa mawar
Yang ni abang sy yg sorang tu juga bg petua. Dia da ada 4org anak n guna ni klu bby dia kna kuning. Cuma ada cara nk ambil kelapa mawar ni. Subuh2 sebelum matahari terbit kna petik buah kelapa mawar tu dan buah kelapa tu x ble jatuh ke tanah. Ambil airny dan mandikan kat baby atau lap2 kat baby. Yang ni kena jaga baby sb takut semut datang..air kelapa tu agak manis..
4) Jangan pakaikan baby baju tebal2
Yang ni nurse and kakak sy yg da anak 6 bagitau.. Kalau ble pakaikan baby baju yg ada lubang2.. kata dorang kalau panas tu lagi menaikkan kuning baby.
5)Ibu baby kena kerap susukan baby.
Ibu kena kerap susukan baby supaya baby kencing kerap dan buang air besar agar kuning tu keluar.. yang ni sy dapat dari internet dan nurse tu sdri yang cakap. (sy ada baca kat blog seorang ibu yg berpengalaman juga tapi lupa nama blog tu dah. Dia breast feed kat baby dan bby dia ada kuning juga..da berminggu2 kuning baby dia x turun2..da mcm2 petua dia try tp sm juga..smpila ada orang cadangkn kat dia cuba bagi susu formula.Mungkin bby x ngam breast feed tu..buat tambah kuning. Lepas dia try mmg turun kuning babynya katany..so ini pun ble berlaku)..
6)Berdoa
Jangan lupa berdoa ikut cara masing2. Ini sangat penting sebab kesihatan tu datang daripada Dia.
Ini sajalah yg sy dapat kongsikan.. Ada juga kawan syorkan bagi baby minum susu kambing tp yg ni sy x try sb x brani bak2 minum or makan sb perut baby ni masih terlalu muda untuk terima makanan lain tp sy da terbeli kat CKS cuma x guna pun hehe.. Ada satu lg akar kayu tu untuk mandikan baby dan sy rasa itu yg membantu banyak tapi sy x tau nama akar tu..sb akar kayu tu ada orang bagi kat sy. Sy da try tanya apa nama akar kayu tu tapi dia ckp dia pun x pasti sb dia dapat dari nenek dia..So ini sy x dapat tolong nk carikan.. Semoga petua2 yg sy share ni dapat membantu korang. Jangan putus asa dan jangan ambil ringan tp jangan panic.. cuba mn2 yang ngam.. selamat mencuba.. :)
No comments:
Post a Comment